据该主任透露,吉隆坡分校保安部门是在国大总校保安部门
KTSN宿舍村管理层已向发展管理部申请在宿舍村的全部
以下是保安人员在国大每天巡逻的时间表。理事会也呼吁保
Sebelum ini, wakil CCC telah menerima aduan daripada pelajar Kolej Tun Syed Nasir(KTSN) bahawa tahap keselamatan di kawasan sekitar KTSN agak tidak memuaskan. Sehubungan dengan ini, wakil CCC telah berjumpa dengan pegawai keselamatan UKM untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Bahagian Keselamatan di kampus UKM KL adalah di bawah kawalan Bahagian Keselamatan di kampus Bangi. Bahagian Keselamatan telah menyatakan bahawa mereka telah mengambil beberapa langkah yang tegas untuk mengatasi kes-kes yang telah berlaku di KTSN. Antara langkah yang telah diambil adalah membuat pemeriksaan yang lebih kerap di pintu masuk. Walaupun terdapat banyak orang awam memasuki klinik awam kampus UKM KL, pemeriksaan masih dijalankan untuk menjamin keselamatan mahasiswa/i. Di kampus UKM Bangi, mereka juga menyediakan tempat letak kereta di depan pondok pemeriksaan untuk melicinkan proses pemeriksaan dan urusan dengan orang awam.
Selain itu, mereka juga bercadang untuk menambahbaikan pondok-pondok di pintu masuk Kampus Bangi dan KL supaya pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Penambahbaikan tersebut juga memudahkan pegawai keselamatan dalam menjalankan pemeriksaan pada waktu hujan.
Pihak pengurusan KTSN juga membuat permohonan kepada Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk memasang ‘grill’ pada semua tingkap kolej tersebut untuk menjamin keselamatan mahasiswa/i. Selain itu, mereka bercadang untuk memasang satu ‘butang kecemasan’ di setiap blok kolej tersebut. Namun begitu, semua cadangan yang diutarakan masih perlu dibincangkan untuk tindakan yang selanjutnya.
Pihak berkenaan juga dijemput oleh pihak KTSN untuk membincangkan isu keselamatan di kawasan KTSN pada minggu ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau cadangan penyelesaian yang lebih baik, sila hubungi wakil CCC atau Bahagian Keselamatan di talian 03-8921 5095 atau 03-8921 4666 (kampus UKM Bangi) dan 03-92897010 (kampus UKM KL).
Jadual di bawah merupakan shift kerja pegawai keselamatan yang bertugas untuk membuat rondaan di UKM pada setiap hari. Selain itu, wakil CCC juga menyeru pihak Bahagian Keselamatan agar membuat rondaan dengan lebih kerap di setiap kolej kediaman untuk meningkatkan tahap keselamatan mahasiswa/i.
Shift Kerja
|
Masa
|
Shift Pertama
|
7am – 3pm
|
Shift Kedua
|
3pm – 11pm
|
Shift Ketiga
|
11pm -7am
|
没有评论:
发表评论