页面

2010年10月18日星期一

更改考试日期~!!!

Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Telefon: +603-89215945/5337/5038/3894 Faksimili: +603-89250662 Laman Web:

http://www.ukm.my
Tarikh: 18 Oktober 2010

Semua Pelajar Program Prasiswazah
Saudara/i,

PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011 SEMPENA CUTI TAMBAHAN HARI DEEPAVALI

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah meminta semua universiti
mempertimbangkan cuti tambahan hari Deepavali dan menjadualkan semula tarikh
peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2010-2011 bagi menghormati perayaan
tersebut. Setelah berbincang dengan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia, pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju cuti tambahan sempena hari
Deepavali dilanjutkan seperti berikut:

Tarikh asal : 4 – 7 November 2010
Tarikh baru : 3 – 8 November 2010


Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan pada 3 dan 8
November 2010 diminta mengambil Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang
baru di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 19 Oktober 2010.
Segala kesulitan sangat dikesali.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar
ROHANA TAN
Ketua Penolong Pendaftar
b.p. Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik Academic Management Section