页面

2013年12月17日星期二

KONTRAK PEMBELAJARAN BAGI MAHASISWA/I TAHUN 1

Reactions: 

Kebanyakan mahasasiswa/i tahun 1 kurang jelas terhadap macam mana untuk memenuhi  8 jam kredit dan mencapai 8 hasil pembelajaran (HP) yang telah ditetapkan. Di sini ada beberapa garis panduan yang ringkas:

  1. Mendaftar 2 HP melalui I-Folio pada setiap semester bagi memenuhi jam kredit yang ditetapkan.
  2. Aktiviti yang disertai perlu RELEVEN dengan HP yang didaftarkan. Cth, HP 7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan yang didaftarkan boleh dipenuhi melalui penyertaan aktiviti yang melibatkan pengumpulan dana dari pihak luar atau penjualan barang.
  3. Aktiviti yang dipilih untuk sertai adalah SAH iaitu aktiviti yang mendapat kelulusan daripada JPPEL.
  4. Aktiviti yang dipilih mempunyai KOD PROJEK dan boleh mengisikan kod tersebut ke dalam HP yang didaftar.
  5. Maklumat yang berkaitan dengan aktiviti boleh dijadikan sebagai pembuktian dan perlu dimuatkan ke dalam I-Folio. Pensyarah kepada pelajar boleh merujuk kepada pembuktian yang dimuatkan untuk membuat penilaian.
Cth pembuktian:
i)        Gambar
ii)      Minit mesyuarat
iii)    Senarai kehadiran
iv)    Video
*Pembuktian boleh dalam bentuk apa sahaja tetapi perlu ada releven dan penghuraian yang jelas.


Maklumat Tambahan:
  • Semasa membuat permohonan aktiviti projek baru, pelajar tahun 1 ditanda tanpa KPPI manakala pelajar tahun 2 atau 3 ditanda dengan KPPI.
  • Menyatakan dengan jelas Masa, Tarikh dan Tempat aktiviti projek tersebut dalam I-Folio.
  • Aktiviti yang dipilih untuk memenuhi 1 HP boleh dilaksanakan dalam tempoh 2 semester (satu tahun)
  • Pensyarat boleh tidak memberi markah kepda HP yang didaftarkan sekiranya aktiviti belum selesai pada semester tersebut.
  • Markah akan diberi pada semester yang seterusnya sekira pelajar selesai untuk memuatkan semua pembuktian ke dalam I-Folio.
  • Pelajar boleh menyertai suatu aktiviti projek yang telah dijalankan separuh masa. Ketua pengarah projek tersebut perlu mengisi dan menghantarkan Borang Permohonan Tambah/Gugur Ahli sebelum aktiviti selesai.
  • Borang permohonan tambah ahli juga boleh dihantarkan dalam tempoh 2 minggu selepas aktiviti selesai dan perlu memberi alasan yang sewajarnya.
  • Pelajar boleh melayari laman web Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) - https://smp.ukm.my/spi/ untuk memastikan nama pelajar telah direkodkan di dalam projek itu. Jika tidak ada, pelajar perlu memberitahu Ketua Pengarah untuk menambah nama pelajar.

Tips untuk mendapat markah yang lebih tinggi:
  • Sentiasa berproaktif untuk menjumpai pensyarat sendiri walaupun pensyarat tidak mempunyai masa untuk membuat perjumpaan sekurang-kurangnya 2 kali.
  • 1 HP boleh dicapai melalui lebih daripada 1 aktiviti projek. Pembuktian-pembuktian yang dimuatkan ke dalam I-Folio perlu diasingkan dengan jelas.
  • Mengambil jawatan yang tinggi dalam aktiviti projek iaitu jawatankuasa tertinggi seperti ketua pengarah, setiausaha, bendahari dan sebagainya.
  • Pembuktian yang diisikan dalam I-Folio perlu RINGKAS, JELAS, BERKUALITI.

Jika ada sebarang masalah, anda  boleh merujuk kepada Pn. Siti Razmah Ramly (Pegawai  Pusat Akreditasi Pembelajaran). Beliau ialah salah satu pegawai yang mengurus sistem HP ini.