据有关单位解释,第一年生在第三学期时可以注册 3项课程,而FEP共有7项课程让第一年生选择。每项课
而其他课程暂时是不会再多开课了,并告知注册不到其他课程的第一年生可能必须
Beberapa hari yang lalu, wakil CCC telah memperolehi makluman lanjut tentang masalah pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan(FEP) tidak dapat mendaftar kursus bagi semester 3 yang ditawarkan oleh FEP.
Pegawai FEP memaklumkan bahawa bagi pelajar tahun 1 FEP , terdapat sebanyak 7 kursus yang boleh didaftar, namun mereka hanya boleh mendaftar 3 daripada 7 kursus tersebut.
Setiap kursus mempunyai bilangan "set" yang ditetapkan berdasarkan bilangan pensyarah yang ada. Walaubagaimanapun, jumlah pelajar tahun 1 yang tidak dapat mendaftar kursus adalah banyak. Jadi, pihak FEP telah membuka lagi 2 set bagi Kursus Perniagaan Mengikut Perspektif Islam manakala bilangan set kursus lain tidak akan ditambah. Pihak FEP juga memaklumkan bahawa pelajar tahun 1 FEP perlu mendaftar semula kursus yang tidak dapat didaftar pada semester 3 menjelang semester 1 tahun 2.
Bagi pelajar tahun 2 FEP, mereka diwajibkan mendaftar 2 kursus, iaitu kursus EPPM 2123 Sistem Maklumat Perniagaan dan EPPM3043 Pengurusan Perubahan dan Inovasi pada semester 3. Bagi pelajar tahun 2 yang tidak dapat mendaftar kursus tersebut, pihak FEP menyatakan bahawa mereka tidak perlu rasa bimbang, kerana pihak FEP akan menambah bilangan set supaya dapat menampung semua pelajar Tahun 2 yang tidak dapat mendaftar kursus tersebut.


没有评论:
发表评论