页面

2011年9月29日星期四

校园一系列安全课题 [ Isu Keselamatan Warga UKM]

    最近,越来越多野狗在国大出没,搞得人心惶惶。因此,在918日,学生代表兼理事会代表,莫国豪同学连同理事会盟友,Aspirasi的学生代表,Rahmad Fauzi同学前往国大Wisma Aman以了解当局将采取什么行动解决此问题。

莫国豪同学和Rahmad Fauzi同学提出了几项问题并得到当局官员,En.Mazlan的高度关注。问题如下:
1)野狗数量不断增加并在国大校园随处可见,尤其是晚上。
2)建议当局增加巡逻次数,特别是光线昏暗的地方,如FST新建筑物后面。
3)建议当局安排保安人员驻守国大总校宿舍村以抑制频频发生的窃案。

当局的回应如下:
1)  Wisma Aman一直在寻求最好的解决方案,譬如同学们在去年十二月和今年六月休假的时候,他们射杀校园里的野狗,但却无法有效解决该问题。因为该群野狗会经常回到惯常出没的地方。就算有一群野狗成功被射杀,另外一群野狗也会在一个星期左右去到同样的地方。这种情况让当局无法负担,因为射杀一只狗需要大约RM50,而且向国大管理层申请费用也耗时颇久。根据En Mazlan,当局上个学期的野狗射杀行动是违法的,他们将不会再冒此影响国大声誉的风险。

Wisma Aman的建议:
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG寻求援助,因为他们有一支特别队伍专门解决加影一区的野生动物问题。

莫国豪同学和Rahmad Fauzi同学的对策:
他们将在最短时间内与MAJLIS PERBANDARAN KAJANG接洽。希望大家在这段期间在校园内行走时加倍小心。遇到野狗时,不要喊叫,因为它们在受惊的情况下非常具有攻击性。请各位同学耐心等待他们的跟进报告。

2)根据En.Mazlan,保安人员每一个小时会到特定的地方巡逻两次,而每个地点将会有两位保安人员巡逻。因此,当局需增加保安人员以确保校园的安全。

Wisma Aman的回应:
当局将增派前往每个地点的巡逻人员,尤其是“热点”以遏止不愉快事件的发生。除此,当局会增倍巡逻校园的次数。有关方面也劝请大家好好照顾自身和财物,并提高自身醒觉,确保校园的安全。总而言之,这项关于安全的课题需要大家的配合与关注。

莫国豪同学与Rahmad Fauzi同学的建议
他们呼吁大家提高警觉,照顾自身和财物安全,再加上赋予Wisma Aman的保护,相信不愉快事件将会减少。

 3)Wisma Aman正在探讨安排保安人员驻守宿舍村一事,因为国大保安人员面临短缺。En.Mazlan表示,现有的保安人员多达209人(包括分校),其中有187人在总校担任各种职位。

Wisma Aman的回应:
当局将会把每个宿舍村的巡逻次数从1小时2次提高至1小时4次,希望可以减少对学生的安全威胁。该局也呼吁各位同学,如果发现任何可疑,请马上拨打Wisma Aman 24小时热线:03-89214444/89214666

Seperti yang disedari oleh rakan mahasiswa semua, sejak kebelakangan ini semakin banyak lolongan anjing kedengaran dan populasinya semakin bertambah dari hari ke hari.Keadaan ini cukup membimbangkan kepada warga UKM semua terutama kepada golongan hawa.

Sehubungan dengan itu, pada 18 HB SEPTEMBER lalu iaitu pada hari SELASA MPP Aspirasi, Rahmad Fauzi bersama Wakil CCC yang juga MPP Aspirasi Wilfred telah meringankan kaki untuk bertemu pihak WISMA AMAN UKM untuk mengetahui sendiri apakah inisiataif dan resolusi yang akan diambil oleh pihak WISMA AMAN bagi menangani masalah ini.

Permasalahan ini telah mendapat respon positif daripada En Mazlan iaitu PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN yang sangat peka terhadap permasalahan yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UKM di kala ini. Terdapat tiga permasalahan yang Rahmad Fauzi dan Wilfred ajukan kepada EN Mazlan tersebut iaitu mengenai :

1) anjing liar yang semakin banyak dan sering berkeliaran di kawasan UKM terutama pada sekitar waktu malam.
2) perondaan yang perlu dilaksanakan secara kerap di tempat-tempat yang kurangnya pencahayaan lampu seperti di belakang bangunan fst baru.
3) isu perletakan pengawal keselamatan di setiap kolej-kolej kediaman kampus Bangi bagi mengawal aktiviti kecurian daripada kerap berlaku.

Hasil dari persoalan ini, respon yang diberikan adalah seperti berikut:
1) Pihak wisma aman sentiasa memikirkan cara terbaik untuk menangani masalah ini. seperti yang sebelum ini apa yang dilakukan oleh wisma aman adalah dengan menembak anjing-anjing liar yang berkeliaran seperti yang dilakukan pada sekitar bulan 12 dan 6 tahun ini ketika pelajar sedang bercuti semester,tetapi permasalahan ini tdak dapat diselesaikan kerana menurut beliau, kumpulan anjing-anjing liar ini akan sentiasa kembali ke tempat-tempat biasa dilalui. Sekiranya satu kumpulan anjing berjaya ditembak mati, seminggu selepas itu kumpulan anjing lain akan datang ke tempat yang sama. Keadaan ini amat menyukarkan pihak wisma aman kerana menurut beliau, menyatakan bahawa kos untuk menembak anjing liar adalah sekitar RM 50 seekor. Oleh itu, pihak wisma aman tidak dapat menanggung kos tersebut kerana segala perbelanjaan perlu diminta dari pihak pentadbiran dan ia memakan masa untuk diproses.Menurut beliau juga aktiviti menembak anjing yang telah dilakukan pada semester lalu adalah salah di sisi undang-undang, jadi pihak wisma aman tidak akan mengambil risiko tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi UKM.

PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK WISMA AMAN :
Penyelesaian yang dikemukakan oleh EN Mazlan selaku dari WISMA AMAN menyatakan bahawa satu jalan yang boleh diambil adalah dengan mengemukakan bantuan kepada MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. Menurut beliau pihak MPKJ mempunyai satu kumpulan khas yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah haiwan liar di sekitar KAJANG.



PENYELESAIAN DARI RAHMAD FAUZI DAN WILFRED :

Cadangan yang diberikan itu akan Rahmad Fauzi dan Wilfred usulkan kepada MAJLIS PERBANDARAN KAJANG dalam tempoh yang terdekat ini. Diharap warga UKM cakna akan keadaan sekeliling dengan menjaga keselamatan diri ketika berjalan di kawasan tumpuan "KUMPULAN LIAR" ini. Jangan mudah melatah dan menjerit jika terserempak dengan haiwan ini kerana ia akan mudah menyerang jika terkejut..nantikan laporan susulan mereka mengenai haiwan liar ini dalam masa yang terdekat ini.

2) Persoalan mengenai kekerapan rondaan yang telah dilakukan oleh pihak wisma aman juga telah dilontarkan terutama di kawasan yang mempunyai pencahayaan lampu yang kurang. Menurut beliau, pihak pengawal keselamatan akan meronda di setiap kawasan yang ditetapkan pada kadar 1 jam 2 kali rondaan. Setiap lokasi yang ditetapkan dalam jadual rondaan adalah sebanyak 2 pengawal keselamatan. Oleh itu, pengawal keselamatan yang terlibat di setiap kawasan adalah seramai 2 orang. Peningkatan dalam jumlah pengawal perlu dilakukan oleh pihak WISMA AMAN bagi memastikan akan keselamatan varsiti UKM terjaga.




PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK WISMA AMAN :
Pihak wisma aman akan meningkatkan jumlah pengawal di setiap lokasi terutama di lokasi yang dikatakan "PANAS" bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku. Selain itu, menurut beliau pihak WISMA AMAN akan memastikan kekerapan rondaan akan digandakan di kawasan sekitar kampus tercinta ini. Pihak WISMA AMAN juga menasihati seluruh warga UKM untuk sama-sama menjaga diri dan barang masing-masing supaya kejadian yang tidak diingini dapat dikurangkan. Kesedaran bagi setiap pelajar juga diharapkan oleh pihak WISMA AMAN bagi menjamin ketenteraman dan keamanan di UKM ini. Kesimpulannya aspek keselamatan ini perlulah dititikberatkan oleh kedua-dua pihak agar keselamatan semua warga UKM terjaga.

PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN OLEH RAHMAD FAUZI DAN WILFRED :
Mereka menyarankan kepada seluruh warga UKM agar sama-sama menjaga keselamatan diri masing-masing dan kesedaran dalam penjagaan aset masing-masing dan ditambah pula dengan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak WISMA AMAN.

3) Mengenai perletakan pengawal di setiap kolej-kolej kediaman, pihak wisma aman sedang meneliti semua itu, kerana kekurangan kakitangan pengawal keselamatan di UKM. Mereka dimaklumkan bahawa jumlah pengawal keselamatan yang tersedia ada ialah seramai 209 orang termasuk di kampus KL. di kampus Bangi terdapat seramai 187 orang yang terdiri berbagai-bagai jabatan.

PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK WISMA AMAN :
Pihak wisma aman akan meningkatkan kekerapan rondaan di setiap kawasan kolej kediaman daripada 1 jam 2 kali ke 4 kali dalam masa 1 jam. Oleh itu dengan peningkatan rondaan yang akan dilakukan ini akan membuatkan keadaan sekeliling kolej kediaman selamat dari ancaman merbahaya. Saranan pihak wisma aman juga, jika terdapat keadaan-keadaan yang agak mencurigakan yang berlaku di kolej kediaman, segeralah hubungi pengawal yang bertugas dengan membuat panggilan operator 24 jam di talian 03-8921 4444/8921 4666.



(Dipetik dan Diubahsuaikan daripada https://www.facebook.com/notes/rahmad-fauzi/haiwan-liar-mengganas-lagianjing/267239513308241)





1 条评论: