新落成的理工学院建筑物对理工学院的学生来说是一项好消息。这座新建筑物将设有多间实验室及研究室,以符合国大作为一间研究型大学的政策。
理工学院学生代表莫国豪同学和Siti Nurhidayah同学与该院院长Prof
Sahrim进行了对话,以更了解该建筑物和解答学生对新建筑物的一些疑问。
之前坐落在化学局大楼的院长办公室将迁移到新的大楼,而原本的办公室将充当为讲师办公室和实验室。
理工学院新楼拥有2间足于容纳320人的讲堂,并设有软垫椅,让整个学习环境更加舒适。无论如何,由于新讲堂正在进行最后阶段的工程如安装液晶荧幕,所以至今仍未开放。
大楼内也有一间可容纳320人的会议厅。初期阶段,会议厅只公开给理工学院领导层进行会议,但院长建议开放会议厅予全体国大生,让国大生也能使用这些设施。
新建筑物里设有8间会谈室,以让理工学院的学生进行讨论和复习等等。此外,这里也备有2间会话测验室及2间研讨室。至今,当局还未定下这些设备的租借程序,但将在召开会议后做出宣布。
大厦里也有2间研究生室,分别座落在楼上和楼下。理工学院学生会的行动室计划将被迁移到新的大厦里,而原本的行动室将作为学生活动室。
此外,这座大楼增设了几间较大的仪器室,以置放理工学院的所有仪器。之前,所有仪器是按照各自的研究中心置放,如今将被置放在一起,以方便使用。
除此以外,所有卓越中心如珍妮湖研究中心、昆虫系统中心、热带气候研究中心、福隆港研究中心等将被置放在新的大楼里。该大楼也拥有2间客卿讲师办公室和10间讲师办公室。
目前还在建筑工程中的博物院和展廊,预料会在2012年3月举行开幕仪式,到时候将成为国大生和外界的瞩目焦点。新大厦里也设立了食堂和2间祈祷室,而旧的食堂依然会保留着。国大生也能在该大厦里使用UKM Jaring来浏览网络。
新的大厦将增设泊车位,理工学院的学士生和员工将优先使用这些泊车位。院长建议把旧楼的泊车位公开给研究生使用。当局也在化学局大楼大门对面建立一座通往新建筑物的楼梯。在长期内,为了方便起见,当局将建设一座从旧楼通向新楼的有盖天桥,并把新大厦和原子能大楼之间的道路连接起来。
当局计划在新建筑物四周增设一些摊位,让理工学院的学生与外界的企业合作进行一些商业活动。此外,新楼也备有广播系统,以作为理工学院报告一些事项的用途。
Pembinaan Bangunan Baru Fakulti Sains dan Teknologi merupakan satu berita baik buat semua mahasiswa/i FST. Bangunan baru ini menempatkan banyak makmal sains dan penyelidikan selaras dengan dasar UKM sebagai sebuah Universiti penyelidikan.
Satu sesi temu bual telah dijalankan oleh wakil pelajar FST--- saudara Wilfred Mok Kok Hoe dan saudari Siti Nur Hidayah bersama Prof Sahrim, dekan FST, untuk mengenali lebih banyak tentang bangunan ini yang baru dibina di samping menjawab kemusykilan para pelajar tentang bangunan baru ini.
Pejabat Kedekanan FST yang asalnya “menumpang” di bangunan kimia telah dipindahkan sepenuhnya ke bangunan baru tersebut, manakala tempat asal pejabat kedekanan akan digunakan sebagai bilik pensyarah dan sebahagian pejabat am akan digunakan sebagai makmal.
Terdapat 2 bilik kuliah di bangunan baru itu yang mampu memuatkan pelajar sebanyak 320 orang. Suasana pembelajaran di dalam bilik kuliah tersebut sudah tentu selesa lagi kondusif dengan adanya kerusi yang berkusyen. Namun begitu, penggunaan bilik kuliah tersebut belum dibuka kerana masih terdapat kerja akhir yang perlu dilakukan, seperti pemasangan LCD dan sebagainya.
Dalam bangunan baru FST ini, terdapat satu Bilik Persidangan yang baru dibina di mana ia boleh menampung 320 orang. Pada peringkat awal, dewan ini hanya dibuka untuk mesyuarat pihak pengurusan FST, namun untuk faedah warga UKM, dekan telah mencadangkan bahawa dewan ini dibuka kepada kegunaan seluruh warga UKM.
Sekurang-kurangnya 8 bilik perbincangan telah dibina khas untuk warga FST untuk membuat perbincangan, mengulangkaji dan sebagainya. Daripada bilik perbincangan itu, akan terdapat 2 Bilik Ujian Lisan dan 2 Bilik Seminar. Prosedur untuk pinjaman bilik-bilik tersebut belum ditentukan oleh pegurusan FST dan akan dimaklumkan selepas mesyuarat diadakan.
2 bilik siswazah telah dibina di mana ia terletak satu terletak di tingkat atas dan satu lagi di tingkat bawah bangunan baru dan bilik siswazah mampu menampung 300 pelajar. Bilik Persatuan Mahasiswa FST dirancang akan dipindahkan ke Bilik Persatuan di bangunan baru, sementara bilik asal PMFST akan digunakan sebagai bilik aktiviti pelajar.
Selain itu, terdapat beberapa Bilik Instrumentasi yang cukup besar akan digunakan untuk meletakkan semua instrumen di FST. Semua instrumen sebelum ini adalah diagihkan masing-masing mengikut Pusat Pengajian dan kini semua dikumpulkan untuk memudahkan penggunaan semua pihak.
Di samping itu, semua Ketua Pusat Kecemerlangan seperti Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pusat Sistematik Serangga, Pusat Penyelidikan Iklim Tropika, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser dan sebagainya akan ditempatkan di bangunan baru tersebut. Di bangunan baru FST juga terdapat 2 Bilik Pensyarah Pelawat dan 10 Bilik Pensyarah.
Galeri dan Muzium yang sedang dibina dijangka akan menjadi tarikan utama kepada warga UKM mahupun pelawat luar. Galeri dan Muzium ini dijangka akan dirasmikan pada tahun Mac 2012. Kafeteria juga akan dibina di bangunan ini sementara Kafeteria lama akan dikekalkan. 2 surau juga akan dibina di bangunan baru ini. Warga UKM juga boleh melayari laman internet di sini dengan WiFi Jaring UKM.
Pembinaan tempat meletak kenderaan juga dalam perancangan bangunan baru FST di mana tempat meletak kenderaan akan diutamakan kepada kakitangan FST dan pelajar pra-siswazah, sementara tempat parking di bangunan lama dicadangkan oleh Dekan supaya dibuka kepada pelajar siswazah. Tangga naik ke bangunan baru FST juga akan dibina berhadapan dengan pintu bangunan kimia. Dalam jangka masa panjang, jejantas berbumbung akan dibina antara bangunan lama dengan bangunan baru FST untuk kemudahan semua warga FST. Perancangan juga telah dibuat untuk membuat penyambungan jalan dari bangunan baru FST ke bangunan nuklear bagi memudahkan warga UKM.
Kios-kios jualan juga dicadangkan untuk ditempatkan di sekitar bangunan FST baru yang akan dijalankan oleh pelajar FST dengan kerjasama entrepreneur luar. Di samping itu, bangunan baru FST juga akan mempunyai sistem PA tersendiri di mana pengumuman akan dibuat bagi perkara-perkara tertentu oleh pihak pengurusan FST.
Bangunan Baru FST |
Bilik Instrumentasi |
Makmal Pelajar |
Bilik Siswazah |
Landskap |
Bilik Persidangan |
Bilik Perbincangan |
Bilik Persatuan Pelajar |
Bilik Kuliah |
Pejabat Am dan Sekretariat Siswazah |
Bilik Seminar |