Kebanyakan
mahasasiswa/i tahun 1 kurang jelas terhadap macam mana untuk memenuhi 8 jam kredit dan mencapai 8 hasil
pembelajaran (HP) yang telah ditetapkan. Di sini ada beberapa garis panduan
yang ringkas:
- Mendaftar 2 HP melalui I-Folio pada setiap semester bagi memenuhi jam kredit yang ditetapkan.
- Aktiviti yang disertai perlu RELEVEN dengan HP yang didaftarkan. Cth, HP 7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan yang didaftarkan boleh dipenuhi melalui penyertaan aktiviti yang melibatkan pengumpulan dana dari pihak luar atau penjualan barang.
- Aktiviti yang dipilih untuk sertai adalah SAH iaitu aktiviti yang mendapat kelulusan daripada JPPEL.
- Aktiviti yang dipilih mempunyai KOD PROJEK dan boleh mengisikan kod tersebut ke dalam HP yang didaftar.
- Maklumat yang berkaitan dengan aktiviti boleh dijadikan sebagai pembuktian dan perlu dimuatkan ke dalam I-Folio. Pensyarah kepada pelajar boleh merujuk kepada pembuktian yang dimuatkan untuk membuat penilaian.
Cth
pembuktian:
i)
Gambar
ii)
Minit
mesyuarat
iii)
Senarai
kehadiran
iv)
Video
*Pembuktian boleh dalam bentuk apa
sahaja tetapi perlu ada releven dan penghuraian yang jelas.
Maklumat Tambahan:
- Semasa membuat permohonan aktiviti projek baru, pelajar tahun 1 ditanda tanpa KPPI manakala pelajar tahun 2 atau 3 ditanda dengan KPPI.
- Menyatakan dengan jelas Masa, Tarikh dan Tempat aktiviti projek tersebut dalam I-Folio.
- Aktiviti yang dipilih untuk memenuhi 1 HP boleh dilaksanakan dalam tempoh 2 semester (satu tahun)
- Pensyarat boleh tidak memberi markah kepda HP yang didaftarkan sekiranya aktiviti belum selesai pada semester tersebut.
- Markah akan diberi pada semester yang seterusnya sekira pelajar selesai untuk memuatkan semua pembuktian ke dalam I-Folio.
- Pelajar boleh menyertai suatu aktiviti projek yang telah dijalankan separuh masa. Ketua pengarah projek tersebut perlu mengisi dan menghantarkan Borang Permohonan Tambah/Gugur Ahli sebelum aktiviti selesai.
- Borang permohonan tambah ahli juga boleh dihantarkan dalam tempoh 2 minggu selepas aktiviti selesai dan perlu memberi alasan yang sewajarnya.
- Pelajar boleh melayari laman web Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) - https://smp.ukm.my/spi/ untuk memastikan nama pelajar telah direkodkan di dalam projek itu. Jika tidak ada, pelajar perlu memberitahu Ketua Pengarah untuk menambah nama pelajar.
Tips untuk mendapat markah yang lebih tinggi:
- Sentiasa berproaktif untuk menjumpai pensyarat sendiri walaupun pensyarat tidak mempunyai masa untuk membuat perjumpaan sekurang-kurangnya 2 kali.
- 1 HP boleh dicapai melalui lebih daripada 1 aktiviti projek. Pembuktian-pembuktian yang dimuatkan ke dalam I-Folio perlu diasingkan dengan jelas.
- Mengambil jawatan yang tinggi dalam aktiviti projek iaitu jawatankuasa tertinggi seperti ketua pengarah, setiausaha, bendahari dan sebagainya.
- Pembuktian yang diisikan dalam I-Folio perlu RINGKAS, JELAS, BERKUALITI.