页面

2013年9月10日星期二

Pendaftaran dan Pelekat Kenderaan 车辆注册与贴纸

Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar dan mendapatkan pelekat kenderaan UKM dari Bahagian Keselamatan UKM.


Syarat-syarat/Peraturan Pendaftaran Kenderaan
1. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2013/2014 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
2. Hanya 1 kenderaan sahaja yang boleh didaftar.
3. Pelajar Tahun 1 dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor kecuali motosikal di dalam kawasan Kampus UKM, Bangi.

Prosedur Pendaftaran Kenderaan bagi Pelajar
1. Daftar kenderaan secara online dengan melayari Sistem Trafik UKM

2. Membeli pelekat kenderaan pelajar di Unit Lalu Lintas, Wisma Aman. Semasa membeli pelekat kenderaan, pelajar dikehendaki membawa :
-Lesen memandu yang sah
-Kad Matrik
-Geran kenderaan (asal atau salinan)
-Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa SURAT KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut. (CONTOH SURAT KEBENARAN)

3. Bagi pemilik motosikal dikehendaki mengisi borang permohonan kad pemilik motosikal berserta 2 keping gambar. Borang tersebut boleh didapati di Unit Lalu Lintas, Wisma Aman.



4. Bayaran RM2.00 akan dikenakan untuk satu pelekat.

Waktu Berurusan Unit Lalu Lintas, Wisma Aman
Isnin - Khamis : 0800 pagi - 1300 tengahari, 1400 petang - 1700 petang
Jumaat : 0800 pagi - 1200 tengahari, 1445 petang - 1700 petang


*Update terbaru : Pelekat kenderaan sesi 2013/2014 akan dikeluarkan sekitar November.